Wednesday, June 29, 2011

27 weeks 4 days... Can't Wait!

Hari ini sudah masuk 27 minggu 4 hari pregnant (29 Jun 2011). Syukur Alhamdulillah, Allah s.w.t telah memberi kekuatan utk mengharungi dugaan & syukuri nikmat rezeki yang amat bernilai bg ku dan suami. Aku memohon doa kepada Allah s.w.t setiap hari supaya anak yang bakal dilahirkan ini dan anak2 yang akan datang (InsyaALLAH) sempurna dari sifat fizikal, rohani dan mental. Seperti semua umat islam di dunia ini, mendoakan anak2 sempurna iman dan akhlaqnya seperti Nabi Muhammad s.a.w, sempurna akalnya seperti Nabi Luqman a.s dan sempurna fizikalnya seperti Nabi Yusof a.s.

Munggu ni sudah masuk 3 kali scan, doktor kata kemungkinan anak perempuan InsyaAllah.... Lelaki @ perempuan, yang penting sihat:) Tak sabar rasanye melihat anak dlm kandungan ini muka mirip siapa agaknya, adakah muka aku @ suamiku ataupun kedua-duanya sekali?..haha! kadang-kadang terfikir mungkin dagunya seperti ayahnya, ataupun pipinya ikut umminya;) haha... Doktor jangkakan due bersalin 27 september 2011 insyaAllah... :) :D ;D!

We wait n see;)...

No comments: